Reka Bentuk Maskot dan Karakter 3D
Maskot yang dibina sekali, digunakan bertahun dalam video, cetakan, pembungkusan dan media sosial.
Reka bentuk maskot di Malaysia bermula sekitar RM5,000 untuk maskot 2D dengan konsep, palet warna, turnaround dan set pose, dan sekitar RM10,000 untuk karakter 3D penuh yang sedia untuk dianimasikan. Bina dalam 3D penting kalau anda bercadang buat video, sebab model yang sama boleh diguna semula tanpa lukis semula.
Dibina untuk animasi
Bukan lukisan rata. Model ini boleh bergerak dalam kempen akan datang.
Satu aset, banyak guna
Video, cetakan, pembungkusan, sticker dan standee dari karakter yang sama.
Personaliti dahulu
Kami reka perangai karakter, bukan sekadar rupa bila berdiri diam.
Set pose dan sticker
Pose akhir dihantar sebagai satu set, sedia untuk media sosial dan aplikasi mesej.
Di mana maskot memberi pulangan
Jenama untuk kanak-kanak
Karakter bercakap bila pembelinya ibu bapa tetapi audiensnya kanak-kanak. Captain GG untuk MyDental Care antara kerja kami.
Servis yang nampak kaku
Insurans, bank, utiliti dan klinik guna maskot untuk jadikan servis serius lebih mesra.
Kesinambungan kempen
Satu karakter membawa mesej sepanjang tahun, bukan mula semula setiap suku tahun.
Kerajaan dan kesedaran awam
Agensi guna maskot untuk mesej keselamatan, kesihatan dan sivik.
Runcit dan pembungkusan
Karakter atas kotak sama dengan karakter dalam video dan di standee kedai.
Media sosial
Set pose dan sticker kekalkan jenama dalam perbualan, bukan sekadar dalam iklan.
Pakej reka bentuk karakter
| Pakej | Harga | Termasuk |
|---|---|---|
| Maskot 2D | RM5,000++ | Konsep karakter, palet warna, turnaround, 6 pose akhir sebagai set sticker. |
| Maskot 3D | RM10,000++ | Karakter 3D penuh sedia untuk animasi. Skop disahkan selepas brief ringkas. |
| Dengan video | Dari RM6,000 | Karakter khas digabung dalam pakej video Advance atau Premium. |
Animasi karakter dikira berasingan, atau digabung dengan pakej video penerangan.
Cara karakter dibina
Brief dan rujukan
Kami kumpul nilai jenama, siapa audiens, dan apa yang karakter tak boleh buat.
Lakaran konsep
Dua atau tiga arah, kemudian satu dipilih dan diperhalusi. Di sini perubahan paling murah.
Warna dan turnaround
Palet warna akhir dan karakter dilukis dari setiap sudut supaya kekal konsisten.
Bina 3D dan pose
Modelling, texturing dan rigging, kemudian set pose akhir dihantar.
Kami bina karakter yang kena bertahan 104 episod
- Seluruh pipeline 3D dalam rumah: reka bentuk, modelling, animasi dan bunyi
- Kami hasilkan siri asal 104 episod sendiri
- Harga pakej disiarkan awal
- Laporan kemajuan mingguan dan sesi semakan
- Syarikat taraf MSC, ditubuhkan 2013, di Shah Alam
Soalan lazim
Berapa kos reka maskot di Malaysia?
Maskot 2D dengan konsep, palet, turnaround dan pose bermula RM5,000. Karakter 3D penuh bermula RM10,000.
Apa beza maskot 2D dan 3D?
2D sesuai untuk cetakan, media sosial dan animasi ringkas. 3D boleh diputar, diberi cahaya dan dianimasikan dalam mana-mana scene kemudian.
Berapa lama proses?
Konsep hingga maskot 2D akhir biasanya dua hingga tiga minggu. Bina 3D ambil masa tambahan.
Hak karakter milik siapa?
Milik anda. Kami persetujui secara bertulis sebelum kerja bermula.
Boleh lukis semula maskot sedia ada?
Boleh. Bina semula maskot sedia ada dalam 3D selalunya lebih murah dari mula dari kosong.
Berapa pusingan pindaan?
Pindaan termasuk pada peringkat konsep dan warna. Selepas model dibina, perubahan reka bentuk dikira tambahan.
Boleh dianimasikan kemudian?
Boleh, itu sebabnya ia dibina dalam 3D. Animasi dikira ikut video atau pakej.
Ada reka suara karakter?
Pemilihan suara boleh diaturkan dalam pakej video. Set karakter sendiri tak termasuk suara.
Nak mula?
Hantar brief ringkas. Kami balas dengan idea, timeline dan harga.
Atau telefon 03-5524 5802 atau WhatsApp
