Video penerangan

Video Animasi Penerangan untuk Produk dan Servis

Video 60 hingga 120 saat yang buat orang faham produk anda pada tontonan pertama.

RM3.5Kharga mula5.0Google2013sejak104episod siri
Jawapan ringkas

Video animasi penerangan menjelaskan produk, servis atau proses dalam masa singkat, biasanya 60 hingga 90 saat. Kos bermula RM3,500 untuk 60 saat pertama dengan karakter generik, dan RM6,000 ke atas kalau karakter dibina khas untuk jenama anda.

Video Animasi Penerangan untuk Produk dan Servis

Jelas dalam 60 saat

Mesej utama sampai sebelum penonton scroll pergi.

Guna banyak tempat

Satu video jalan di laman web, iklan, deck jualan dan pameran.

Skrip dan suara termasuk

Skrip, suara latar dan muzik sebahagian pakej, bukan caj tambahan.

Versi BM dan EN

Visual yang sama, dua bahasa, kos bahasa kedua jauh lebih rendah.

Bila servis ni digunakan

Bila video penerangan berguna

01

Produk baharu

Pelancaran produk yang perlu dijelaskan sebelum orang faham kenapa mereka perlukannya.

02

Servis berperingkat

Insurans, fintech, logistik dan penjagaan kesihatan, di mana prosesnya ada banyak langkah.

03

Deck pelabur dan tender

Dua minit video buat kerja yang dua puluh slaid tak mampu buat.

04

Onboarding pelanggan

Taklimat yang sama kepada setiap pelanggan baharu, tanpa perlu ulang.

05

Kempen kesedaran

Mesej untuk audiens luas yang perlu ringkas dan mudah faham.

06

Pameran dan booth

Video pendek berulang yang tarik orang berhenti di booth.

Harga

Pakej video penerangan

Pakej Harga Termasuk
Basic RM3,500 Karakter 3D generik, pustaka muzik, 7 hari bekerja.
Advance RM6,000++ Karakter 3D khas, visual thumbnail, 14 hari bekerja.
Premium RM15,000++ Sesi pengarah kreatif, karakter khas, storyboard, fail sumber, 21 hari bekerja.

Harga untuk 60 saat pertama. Setiap 10 saat tambahan dikira RM300 hingga RM1,200 ikut pakej. Penghantaran segera tambah 20 peratus.

Cara kami kerja

Proses kerja

01

Brief dan skrip

Kita setuju mesej, audiens dan panjang video, lepas tu tulis skrip bersama.

02

Karakter dan storyboard

Reka bentuk karakter dan storyboard mengunci rupa video sebelum animasi mula.

03

Animasi dan bunyi

Modelling, animasi, lighting, suara latar dan muzik, dengan update mingguan.

04

Penghantaran

Fail master HD untuk web, media sosial dan pembentangan.

Kenapa Blindspot

Kenapa Blindspot

  • Seluruh pipeline 3D dalam rumah: reka bentuk, modelling, animasi dan bunyi
  • Kami hasilkan siri asal 104 episod sendiri
  • Harga pakej disiarkan awal
  • Laporan kemajuan mingguan dan sesi semakan
  • Syarikat taraf MSC, ditubuhkan 2013, di Shah Alam
Blindspot 3D character
FAQ

Soalan lazim

Berapa harga video animasi penerangan?

Dari RM3,500 untuk 60 saat pertama dengan karakter generik. Karakter khas bermula RM6,000.

Berapa panjang video yang sesuai?

60 hingga 90 saat paling berkesan. Lebih dua minit, kadar tonton sampai habis turun mendadak.

Boleh guna bahasa Melayu sepenuhnya?

Boleh. Skrip boleh ditulis terus dalam BM, bukan diterjemah dari Inggeris.

Berapa lama siap?

7 hari bekerja untuk Basic, 14 untuk Advance, 21 untuk Premium, dari tarikh skrip diluluskan.

Kalau saya dah ada skrip?

Lagi bagus. Kami semak dari sudut visual dan cadang mana yang perlu dipendekkan.

Ada caj untuk muzik dan suara?

Tiada. Dua-dua termasuk dalam pakej.

Boleh buat versi pendek untuk media sosial?

Boleh. Potongan untuk Facebook, Instagram dan TikTok dikira sebagai tambahan kecil.

Fail apa yang saya dapat?

MP4 HD 1080p dan versi fail kecil untuk WhatsApp dan media sosial.

Nak mula?

Hantar brief ringkas. Kami balas dengan idea, timeline dan harga.