Studio animasi 3D

Video Animasi untuk Perniagaan Malaysia

Satu pasukan yang tulis skrip, reka karakter, animasi dan siapkan video, semua di bawah satu bumbung di Shah Alam.

RM3.5Kharga mula5.0Google2013sejak104episod siri
Jawapan ringkas

Video animasi di Malaysia biasanya berharga RM1,000 untuk animasi whiteboard ringkas, dan RM3,500 hingga RM15,000 untuk video penerangan 3D bergantung sama ada karakternya generik atau dibina khas. Blindspot uruskan skrip, suara latar, muzik dan animasi sendiri, dan video siap antara 7 hingga 21 hari bekerja ikut pakej.

Video Animasi untuk Perniagaan Malaysia

Skrip termasuk

Kebanyakan client datang dengan produk, bukan skrip. Itu normal, kami tulis bersama anda.

Bahasa Melayu dan Inggeris

Skrip ditulis terus dalam BM, bukan terjemahan dari Inggeris.

Harga siar awal

Pakej dan harga ada di laman web. Anda tahu kos sebelum call pertama.

Siap ikut tarikh

7, 14 atau 21 hari bekerja ikut pakej, dikira dari hari skrip diluluskan.

Bila servis ni digunakan

Untuk apa syarikat guna video animasi

01

Terangkan produk

Produk atau servis yang susah dijelaskan dalam ayat, jadi jelas dalam 60 hingga 90 saat.

02

Kempen kesedaran awam

Mesej kesihatan, keselamatan dan kewangan untuk audiens yang luas.

03

Latihan dan SOP

Satu video menggantikan taklimat yang sama diulang kepada setiap pekerja baharu.

04

Maskot jenama

Karakter yang dibina sekali, digunakan bertahun dalam video, cetakan dan media sosial.

05

Profil syarikat

Pengenalan syarikat untuk tender, pameran dan mesyuarat dengan pelabur.

06

Kandungan pendidikan

Bahan pembelajaran untuk sekolah, pusat latihan dan penerbit.

Harga

Pakej video animasi

Pakej Harga Termasuk
Basic RM3,500 Pustaka karakter 3D generik Blindspot, pustaka muzik, 7 hari bekerja.
Advance RM6,000++ Pustaka karakter 3D khas, muzik, visual thumbnail, 14 hari bekerja.
Premium RM15,000++ Sesi dengan pengarah kreatif, karakter khas, storyboard, fail sumber, 21 hari bekerja.
Whiteboard RM1,000++ Gaya whiteboard dengan ilustrasi dan muzik stok, dari 2 hari bekerja.

Semua pakej termasuk laporan kemajuan mingguan dan penghantaran HD 1080p. Penghantaran segera tambah 20 peratus. Harga untuk 60 saat pertama.

Cara kami kerja

Dari brief ke fail siap

01

Brief dan skrip

Kita setuju mesej, siapa audiens dan panjang video, lepas tu tulis skrip bersama. Tiada animasi bermula sebelum skrip diluluskan.

02

Karakter dan storyboard

Reka bentuk karakter dan frame storyboard mengunci rupa video sebelum animasi mula.

03

Animasi dan bunyi

Modelling 3D, animasi, lighting, suara latar dan muzik, dengan update setiap minggu.

04

Penghantaran

Fail master HD dalam format yang anda perlukan. Fail sumber disertakan untuk pakej Premium.

Kenapa Blindspot

Kenapa pilih Blindspot

  • Seluruh pipeline 3D dalam rumah: reka bentuk, modelling, animasi dan bunyi
  • Kami hasilkan siri asal 104 episod sendiri, jadi konsistensi projek panjang bukan benda baru
  • Harga pakej disiarkan awal, tak payah teka
  • Laporan kemajuan mingguan dan sesi semakan
  • Syarikat taraf MSC, ditubuhkan 2013, beroperasi di Shah Alam
Blindspot 3D character
FAQ

Soalan lazim

Berapa kos video animasi di Malaysia?

Dari RM1,000 untuk whiteboard 60 saat, RM3,500 untuk penerangan 3D dengan karakter generik, dan RM6,000 ke atas untuk karakter khas.

Berapa lama video siap?

7 hari bekerja untuk Basic, 14 untuk Advance dan 21 untuk Premium, dikira dari hari skrip diluluskan.

Siapa tulis skrip?

Kami tulis bersama anda. Anda bagi maklumat produk, kami susun jadi skrip yang jalan atas skrin.

Boleh buat suara latar Bahasa Melayu?

Boleh. BM dan Inggeris dua-dua standard untuk kami.

Apa saya perlu sediakan?

Brief ringkas: apa yang dijual, siapa audiens, satu perkara utama yang anda nak penonton ingat, dan aset jenama seperti logo dan warna.

Video siap tu hak siapa?

Hak anda. Fail sumber dan projek disertakan dalam pakej Premium.

Boleh animate maskot sedia ada?

Boleh. Kalau karakter dah ada, kami bina semula untuk animasi 3D, selalunya lebih murah dari reka baharu.

Ada caj untuk pindaan?

Pindaan pada peringkat skrip dan storyboard termasuk. Perubahan selepas animasi bermula dikira berasingan, sebab scene kena dibina semula.

Nak mula?

Hantar brief ringkas. Kami balas dengan idea, timeline dan harga.